Agak lama Tinta Ilham menyepi dari blog. Menyepi kerana sibuk. Idea kian bercambah-cambah di fikiran but Tinta tiada mood untuk melakar sesuatu, sejak laptop kesayangan tinta rosak Tinta tiada mood untuk melakar sesuatu. Laptop tak Tinta tidak dapat dipisahkan......ibarat kawan baik.Dengan laptop tinta dapat menjalankan hobi Tinta. Hm,bila laptop rosak hilang mood untuk menaip. Masa berlalu dengan pantas dan cepat.....dah masuk bulan 12. Ramai kawan-kawan tinta yg mendirikan rumah tangga sepanjang cuti sekolah ni.Barakallah.....kepada mereka.
Selasa, 14 Disember 2010
Selasa, 19 Oktober 2010
Andai diri terasa LEMAH, bangunlah MUNJAT pada Allah dengan izin-Nya, yang LEMAH dipandang GAGAH, yang SEDIH di pandang CERIA, yang RESAH menjadi TENANG, sedikit PENGOBANAN selamanya TERASA... ...
Kadang-kadang untuk mengembalikan kekuatan kite perlukan semangat dalam diri kita....Yer semangat yang tidak pernah mengalah....Kadang-kadang juga kite memerlukan kata-kata semangat untuk mengembalikan kekuatan dalam diri kita.Kita jadilah pendorong diri kita sendiri. Jadikanlah Allah sebagai tempat mengadu kerana dia sahaja yang tahu tentang segala-galanya tentang hambanya.
Jumaat, 15 Oktober 2010
Bila kita makin dewasa......
Bila kita makin dewasa......
Bila kita makin dewasa.....mesti org akan bertanya satu ayat " Bila nak kahwin?".....satu tamparan hebat bagi mereka yg makin dewasa.Kenapa yer bile kite makin dewasa persoalan itu yg akan ditanya.Berborak-borak bersama teman serumah mengenai isu "bila kita makin dewasa" kembali mengingatkan Tinta pada umur yg makin dewasa dan makin meningkat......melihat teman-teman yg dah berjaya menjadi raja sehari menjadikan diri bertanya pada diri sendiri "bilakah aku akan menjadi seperti mereka"........Seorang teman menyampuk "kalau nak jadi seperti mereka cepat-cepatlah cari calonn" ha ha ha ha "cari calon-cari calon".....
Bila kita makin dewasa.....mesti org akan bertanya satu ayat " Bila nak kahwin?".....satu tamparan hebat bagi mereka yg makin dewasa.Kenapa yer bile kite makin dewasa persoalan itu yg akan ditanya.Berborak-borak bersama teman serumah mengenai isu "bila kita makin dewasa" kembali mengingatkan Tinta pada umur yg makin dewasa dan makin meningkat......melihat teman-teman yg dah berjaya menjadi raja sehari menjadikan diri bertanya pada diri sendiri "bilakah aku akan menjadi seperti mereka"........Seorang teman menyampuk "kalau nak jadi seperti mereka cepat-cepatlah cari calonn" ha ha ha ha "cari calon-cari calon".....
Isnin, 11 Oktober 2010
pentingkan diri betul.......
Pulang dari kerje Tinta melalui jalan bangsar.Alhamdulillah jalan tidak jem and memudahkan kami yg menaiki motor.Kalau tidak setiap petang kami akan jadi heroin dengan menyelik2 di celah2 kereta yg berderetan untuk pulang ke rumah.Alkisah pemandu yg memang biadap dan kurang ade sifat toleransi dlm memandu....Hishhh pemandu teksi yg sentiasa membuat tinta mahu semburkan api kemarahan apabila berada di jalan raya.Petang tadi seorang pemandu teksi yg bawak teksi macam ayam lintas membuat hati Tinta betul2 sakit dan kecewa dengan sikap pemandu teksi yg pentingkan diri.Angkara pemandu teksi yg lambat memberi signal boleh menyebabkan berlakunya kemalangan.pada hari jumaat lepas pulak pemandu teksi dengan mudah jer ambil space untuk pengguna jalan kaki.....ingat sikit pak cik teksi oiiiii org lain pun ada rumah jugak tapi masih still ikut peraturan .Memang teruk betul.....
Jumaat, 8 Oktober 2010
Warna-warna pelangi

Pagi Sabtu yang indah dan damai.......Alhamdulillah syukur pada mu ya Allah. Bermacam-macam pekara yang berlaku.Itulah warna-warna pelangi. Indahnya warna-warna pelangi, mendamaikan. Begitu juga dengan kisah hidup kita. Kalau kisah hidup kita serupa setiap hari tentulah agak membosankan. Kisah hidup kita macam warna-warna pelangi. Kita akan merasa marah,sedih,suka,geram dan sebagainya.Itu merupakan lumrah bagi seorang Hamba. Semalam semasa pulang dari tempat kerje Tinta Ilham pelik melihat perangai seorang pemandu teksi.Semua orang nak cepat sampai. sepatutnya pemandu teksi tersebut perlulah bersabar sebagai seperti pemandu-pemandu yg lain. Itulah apabila tiada sifat sabar dalam diri diri dan sifat mementingkan diri merajai hati.
Masa yang terluang pada malam hari Tinta cuba berhubung dgn rakan-rakan facebook.Itulah masa yang ada apabila sehari suntuk mengadap wajah-wajah comel dan bersih disekolah. Tapi hati Tinta terkilan kenapa setiap apa yg tinta send tiada balasan.Dan tinta pun thinking and thinking and thinking and get the answer from my mind. Apabila kita senang orang akan cari kita apabila kita dalam kesusahan semuanya melarikan diri.Itulah ragam dunia kini.
Dan itulah warna-warna pelangi. Moga sentiasa di beri kekuatan untuk menempuh warna-warna pelangi dalam kehidupan.Moga warna yang paling indah kekal di hati.Warna yang indah itulah "kesabaran"
Khamis, 7 Oktober 2010
Alahai anak murid....
Ragam-ragam murid apabila berhadapan dengan guru.......Hari Tinta Ilham cuba menguji murid-murid darjah 3 hazan al-quran dan pekara-pekara yg berkaitan dengan feqah. Nak tergelak juga melihat mereka menghafal rukun fa'li.Hm....terkial-kial menghafal ...apabila di suruh membaca bacaan dalam sujud doa iftitah yg di baca.Aduhhh222 murid-murid dah darjah 3 masih belum tahu bacaan ketika solat. Hm...murid-murid zaman sekarang terlalu mengejar akademik sehingga pelajaran agama terkebelakang. Sepatutnya....akademik dan agama perlu seiring dan perlu ditekankan agama barulah betul......
Selasa, 28 September 2010
tinta ilham: aurat wanita
tinta ilham: aurat wanita: "Menutup aurat nerupakan satu kewajipan di dalam Islam.Terdapat banyak dalil-dalil di dalam al-Quran yang berkaitan dengan kewajipan melaksan..."
aurat wanita
Menutup aurat nerupakan satu kewajipan di dalam Islam.Terdapat banyak dalil-dalil di dalam al-Quran yang berkaitan dengan kewajipan melaksanakan perintah menutup aurat.Apabila disebut menutup aurat,fenomena yang sering berlaku di dalam masyarakat yang jahil tentang agama adalah mereka beranggapan bahawa aurat hanyalah berkaitan dengan bahagian kepala yang wajib ditutup.
Generasi sekarang dan generasi dahulu amat berbeza pemikiran,gaya hidup dan perkembangan arus semasa. Generasi dahulu kurang terdedah dengan perkembangan arus semasa berbanding dengan masyarakat kini yg banyak terdedah dengan perkembangan teknologi yang mana sedikit sebanyak memberi impak yg besar kepada diri individu itu sendiri.
Tahap pendidikan masa kini yg lebih kepada aspek teori tanpa praktikal menyebabkan masyarakat tidak memahami apakah yang dimaksudkan dengan konsep menutup aurat yang sebenar.
Al-quran merupakan panduan kepada umat Islam.Setiap sesuatu yg dilakukan mestilah berpaksikan kepada sumber nas-nas yang betul agar tidak berlaku sebarang kesilapan.Didalam al-quran terdapat nas-nas yang membicarakan tentang kewajipan menutup aurat kepada umat Islam.
Firman Allah:
يا بنى ادم قد أنزلنا عليكم لباسا يواري سواتكم وريشا ولباس التقوى ذلك من ايات الله لعلهم يذكرون
Maksudnya:
Wahai anak-anak adam..Sesungguhnya kami telah menurunkan kepada kamu (bahan-bahan untuk) pakaian menutup aurat kamu dan pakaian perhiasan dan pakaian yang berupa taqwa itulah yang sebaik-baiknya.Yang demikian itu adalah dari tanda-tanda (limpah kurnia) Allah ( dan rahmatnya) kepada hamba-hambanya supaya mereka mengenangnya(dan bersyukur)
al-A'raf (7):26
Ahad, 26 September 2010
ISLAM AGAMA YANG INDAH
Islam merupakan agama yang merangkumi keseluruhan cara hidup manusia bermula dari saat seseorang iti dilahirkan sehinggalah ke alam remaja.Agama Islam memerangi kejahilan dalam kehidupan seharian kerana jahil inilah seringkali membawa umat manusia mengikut hawa nafsu.Justeru itu Allah menciptakan manusia dan dilengkapi dengan akal fikiran agar umat manusia dapat menilai baik dan buruk sesuatu pekara yang berada di hadapan mereka.
Sabtu, 18 September 2010
Hadiah disebalik sebuah kegagalan...
Saat paling indah apabila menerima segulung ijazah.Masih teringat lagi suka duka didlm medan sebuah perjuangan mencari ilmu.Tinta Ilham pernah kecewa apabila gagal untuk mencapai apa yg diimpikan.Kali pertama Tinta Ilham merasa amat sedih dan kecewa apabila Tinta menerima ujian dari Allah".Sesetngah orang beranggapan orang yang gagal adalah mereka yang tidak membaca atau tidak study secara bersungguh-sungguh". Sekiranya seseorang itu telah melakukan sedaya upaya telah melakukan dengan terbaik tetapi masih gagal lagi dalam peperiksaan apakah perlu dilabelkan sebagai orang yang tidak bersungguh-sungguh?Allah menguji hambanya dengan berbagai-bagai cara dan bentuk. Menerima sebuah kegagalan merupakan sebuah ujian dari Allah.Hanya Allah sahaja yang mengetahu mengapa dia menggagalkan hamba.
Satu ketika Tinta Ilham pernah merasa saat demikian.....Hanya mereka yg pernah menghadapinya sahaja mengetahui bertapa sukarnya untuk menghadapi sebuah kegagalan.Lebih-lebih lagi apabila kita telah melakukan pekara tersebut dengan baik dan terbaik.Menghadapi sebuah kegagalan dengan sabar dan bersangka baik dengan Allah natijahnya Tinta Ilham menerima hadiah yg teristimewa dari sebuah kegagalan.......
Syukur padamu ya Allah engkau telah memakbulkan impian ku ini.Akan aku terus mendaki untuk mengapai impian ku.
Selasa, 14 September 2010
Renungan bersama
Islam di datangkan bukan untuk menyusahkan para pengikutnya tetapi Islam didatangkn untuk memandu umat manusia ke arah untuk mendapat mardhatillah. Menutup aurat merupakan suruhan Allah ta'ala kepada hamba-hambanya. Pentaklifan itu bukan untuk menyusahkan lagi umat manusia tetapi diwajibkan kepada umat Islam menutup aurat sebagai cara untuk membezakan diantara orang non-muslim dan juga orang Islam. Rata-rata kini terlalu banyak fesyen-fesyen yg datang dlm berbagai2 bentuk ,dan gaya. Adakah fesyen-fesyen yg didatangkan itu mengikut acuan dan panduan pemakaian yg telah di syariatkan oleh Islam?
Salah satu di antara syarat pakaian wanita Islam ialah "Pakaian Mestilah Longgar , Tidak Jarang dan Tidak Ketat"
Demikianlah yg disebut didalam sebuah hadis Rasullulah"Sesungguhnya Asma binti Abu Bakar masuk berjumpa Rasullulah dengan memakai baju yang nipis.Rasullulah berpaling daripadanya dan berkata "Hai Asma' apabila seseorang perempuan telah akil baligh tidak dibenarkan melihat kepadanya kecuali ini dan ini" Sambil menunjukkan kepada wajahnya dan kedua tapak tangan.
Berdasar daripada demikian bagaimanakah keadaan pakaian kita adakah menepati syarat-syarat yang telah ditentukan oleh Islam?. Sama-sama bermuhasabah diri
Label:
aurat wanita
Langgan:
Catatan (Atom)
