Sabtu, 21 Februari 2009


"cuba kamu sayang apa yang kamu dapat"?Apa yer maksudnya.......Pada pandangan pertama kita mesti ungkapan tersebut di tujukan kepada pasangan kekasih.Hm...mengapa mesti begitu yer?.Sebenarnya ungkapan tersebut jauh lebih halus dan sukar untuk di tafsirkan .Hanya mereka yang betul-betul faham akan maksud yg tersirat sahaja akan faham akan ungkapan tersebut.

May be...ungkapan tersebut mempunyai berbagai-bagai tafsiran.Tapi apa yang Tinnta nak cerita kat sini ungkapan tersebut bermaksud"cubalah kita hargai nikmat anugerah tuhan kepada kita'.Adakah kita selaku bersyukur dengan nikmat Allah kepada kita.?Kalau kita kata yer.....kenapa di dalam firman Allah sekira-kira maksudnya....."terlalu sedikit di kalangan hamba ku yang bersyukur.'Sama-samalah kita bermuhasabah diri.Adakah kita di kalangan Hambanya yang mengsyukuri nikmatnya .

Lawatan Mahabbah


Baru-baru ni Jabatan Fiqh Dan Usul mengadakan lawatan ke pejabat Mufti di Melaka.Dapatlah juga Tinta pi Melaka almaklumlah dah lama tak pergi melaka.Seingat Tinta last time tinta pi Melaka waktu darjah 6.Peluang pergi ke Melaka ni Tinta guna sebaik mungkin dengan snap beberapa gambar.Ni lah kawan-kawan JFu tinta.Semuanya berjumlah lapan orang termaksud tinta.Yang kat tengah tuu pengiring kami.



Jumaat, 20 Februari 2009

my beloved

Rupanya...baru tinta teringat rupanya....hari NI hari lahir mak.SELAMAT HARI LAHIR BUAT MAK YANG TERSAYANG.JASA DAN PENGORBANAN MAK TIDAK TERBALAS OLEH KU.TERLALU MULIANYA PENGORBANAN MU.

SEINDAH NAMA MU EMAK
SETULUS KASIH SAYANG BUAT MU
SEGUNUNG CINTA KU PADA MU
CINTA YG TAK PERNAH BUTA
DI DALAM DAKAPAN KASIH SAYANG MU.....

Selasa, 17 Februari 2009

kisah sekeping hati


Hati

Nah, ambil la benda ni.Apa ni?Ini adalah hati. Hati aku.Hati kau? Hmm.. kenapa kau sudi kasi kat aku?Sebab kau dah jadik sebahagian dari aku.Kau lebih dari seorang kawan.Terima kasih... . ianya bererti. Aku terlalumenghargainya.Oh ye ke... tapi maaf.Untuk apa?Sebab, hati tu aku tak beri sepenuhnya.Cuma sebahagian saja...Maksud kau?Aku pernah beri hati aku kat orang lain juga.Dan aku tak pernah beri kesemuanya. Akutakut aku tiada hati untuk diri aku sendiri.Mungkin aku takut, hati itu tidak akan dijagadengan sebaik-baiknya. Ianya bukan sepertibarangan lain seperti duit, permata dansebagainya. Hati ini penuh mistik, adakeajaiban yang tersendiri.Mistik? Kelakar bunyinya...Mungkin kelakar. Tapi itu realitinya.Ia juga berubah mengikut rentak hidup engkau.Rentak perasaan orang yang aku beri. Jika diabetul-betul ikhlas, hati ini akan indah dan bersinar.Ianya bukan satu benda yang percuma.Hati ini diberihanya kepada insan yang terpilih sahaja.Insan yang istimewa.Dan kau adalah salah seorang daripada mereka,kerananaluri aku terlalu percayakan kau.Aku insan terpilih?Ya, kau yang terpilih. Hati ini sering bertukar-tukarmengikut perasaan orang yang diberikan. Ianya terlalu sensitif. Tapi ianya cukup kebal dan kentalpada musuh aku. "Musuh",mungkin terlalu kejam untuk aku memperkatakan perihal mereka ini.
Ianya tak berubah-berubah seperti yang terjadi jika hati ini diberi pada orang yang istimewa.Hati aku hanya tinggal sebahagian sahaja. Adaorang yang tidak pernah memulangkannya, walaupunaku hanya pinjamkan sekejap. Ada yang pulangkan denganpenuh kelukaan. Ada yang sudi berikan sebahagiaanhatinya pula sebagai ganti. Dan jika kau nak tahu, setiaphati manusia ada nilai yang tersendiri. Setiapnyaterlalu mistik!Cuma satu saja yang kau tak mengerti. Sekalihati itu terluka, kadangkala sukar nak mengubatinya. Adakalanya, mengambil masa yang lama untuk itu.Dan bila tiba sesuatu yang tidak diingini, mungkinpemilik hati itu akan menyendiri buat seketika...sehingga hatinya pulih seperti sediakala.Hati yang diberi ini bukan untuk suka-suka. Ianyalahir atas satu kepercayaan. Dari situ, wujudlah kasih sayang. Jika hilang rasa percaya itu, makasukarlah untuk hati itu kembali indah.