
Pagi Sabtu yang indah dan damai.......Alhamdulillah syukur pada mu ya Allah. Bermacam-macam pekara yang berlaku.Itulah warna-warna pelangi. Indahnya warna-warna pelangi, mendamaikan. Begitu juga dengan kisah hidup kita. Kalau kisah hidup kita serupa setiap hari tentulah agak membosankan. Kisah hidup kita macam warna-warna pelangi. Kita akan merasa marah,sedih,suka,geram dan sebagainya.Itu merupakan lumrah bagi seorang Hamba. Semalam semasa pulang dari tempat kerje Tinta Ilham pelik melihat perangai seorang pemandu teksi.Semua orang nak cepat sampai. sepatutnya pemandu teksi tersebut perlulah bersabar sebagai seperti pemandu-pemandu yg lain. Itulah apabila tiada sifat sabar dalam diri diri dan sifat mementingkan diri merajai hati.
Masa yang terluang pada malam hari Tinta cuba berhubung dgn rakan-rakan facebook.Itulah masa yang ada apabila sehari suntuk mengadap wajah-wajah comel dan bersih disekolah. Tapi hati Tinta terkilan kenapa setiap apa yg tinta send tiada balasan.Dan tinta pun thinking and thinking and thinking and get the answer from my mind. Apabila kita senang orang akan cari kita apabila kita dalam kesusahan semuanya melarikan diri.Itulah ragam dunia kini.
Dan itulah warna-warna pelangi. Moga sentiasa di beri kekuatan untuk menempuh warna-warna pelangi dalam kehidupan.Moga warna yang paling indah kekal di hati.Warna yang indah itulah "kesabaran"

Tiada ulasan:
Catat Ulasan