Sabtu, 18 September 2010

Hadiah disebalik sebuah kegagalan...

Saat paling indah apabila menerima segulung ijazah.Masih teringat lagi suka duka didlm medan sebuah perjuangan mencari ilmu.Tinta Ilham pernah kecewa apabila gagal untuk mencapai apa yg diimpikan.Kali pertama Tinta Ilham merasa amat sedih dan kecewa apabila Tinta menerima ujian dari Allah".Sesetngah orang beranggapan orang yang gagal adalah mereka yang tidak membaca atau tidak study secara bersungguh-sungguh". Sekiranya seseorang itu telah melakukan sedaya upaya telah melakukan dengan terbaik tetapi masih gagal lagi dalam peperiksaan apakah perlu dilabelkan sebagai orang yang tidak bersungguh-sungguh?
Allah menguji hambanya dengan berbagai-bagai cara dan bentuk. Menerima sebuah kegagalan merupakan sebuah ujian dari Allah.Hanya Allah sahaja yang mengetahu mengapa dia menggagalkan hamba.
Satu ketika Tinta Ilham pernah merasa saat demikian.....Hanya mereka yg pernah menghadapinya sahaja mengetahui bertapa sukarnya untuk menghadapi sebuah kegagalan.Lebih-lebih lagi apabila kita telah melakukan pekara tersebut dengan baik dan terbaik.Menghadapi sebuah kegagalan dengan sabar dan bersangka baik dengan Allah natijahnya Tinta Ilham menerima hadiah yg teristimewa dari sebuah kegagalan.......
Syukur padamu ya Allah engkau telah memakbulkan impian ku ini.Akan aku terus mendaki untuk mengapai impian ku.

Tiada ulasan: