Selasa, 28 September 2010

aurat wanita

Menutup aurat nerupakan satu kewajipan di dalam Islam.Terdapat banyak dalil-dalil di dalam al-Quran yang berkaitan dengan kewajipan melaksanakan perintah menutup aurat.Apabila disebut menutup aurat,fenomena yang sering berlaku di dalam masyarakat yang jahil tentang agama adalah mereka beranggapan bahawa aurat hanyalah berkaitan dengan bahagian kepala yang wajib ditutup.

Generasi sekarang dan generasi dahulu amat berbeza pemikiran,gaya hidup dan perkembangan arus semasa. Generasi dahulu kurang terdedah dengan perkembangan arus semasa berbanding dengan masyarakat kini yg banyak terdedah dengan perkembangan teknologi yang mana sedikit sebanyak memberi impak yg besar kepada diri individu itu sendiri.

Tahap pendidikan masa kini yg lebih kepada aspek teori tanpa praktikal menyebabkan masyarakat tidak memahami apakah yang dimaksudkan dengan konsep menutup aurat yang sebenar.

Al-quran merupakan panduan kepada umat Islam.Setiap sesuatu yg dilakukan mestilah berpaksikan kepada sumber nas-nas yang betul agar tidak berlaku sebarang kesilapan.Didalam al-quran terdapat nas-nas yang membicarakan tentang kewajipan menutup aurat kepada umat Islam.

Firman Allah:
يا بنى ادم قد أنزلنا عليكم لباسا يواري سواتكم وريشا ولباس التقوى ذلك من ايات الله لعلهم يذكرون
Maksudnya:
Wahai anak-anak adam..Sesungguhnya kami telah menurunkan kepada kamu (bahan-bahan untuk) pakaian menutup aurat kamu dan pakaian perhiasan dan pakaian yang berupa taqwa itulah yang sebaik-baiknya.Yang demikian itu adalah dari tanda-tanda (limpah kurnia) Allah ( dan rahmatnya) kepada hamba-hambanya supaya mereka mengenangnya(dan bersyukur)
al-A'raf (7):26

Tiada ulasan: