Isnin, 11 Julai 2011
saat aku terjaga
Terjaga dari tidur....jam Tinta menunjukkan pukul 4 pagi.Alhamdulillah terpilih untuk menjadi tetamu malamNYA, suasana yang sunyi, dan setenang hati ini mengadu pada NYA.Ya Allah,semalaman aku terkedu lantaran aku terbaca sesuatu yang aku tidak pasti akan sejauh mana kebenarannya, hanya ENGKAU sahaja yang mengetahui rahsia.Terasa sesuatu kehilangan, tapi hati ku memujuk diriku, "YAKIN KEAJABAN TUHAN'.Senyuman tengah malam,kerana aku berjaya menjadi seprang yang NAJIHAH, Seorang yang berjaya untuk membangkitkan diri untuk mengadu kepadanaya,""""""Berteleku di tapak sejadah, memohon keampunan TUHAN, YA ALLAH JADILAH AKU WANITA SYURGA''''''
Sabtu, 9 Julai 2011
Ahad, 3 Julai 2011
KEEP HOPE A LIFE......
membaca buku yang dikarang oleh Pahrol Mohd Juoi amat menarik sekali.Buku yang bertajuk DIMANA DIA DI HATIKU? begitu menarik. Satu ungkapan yang amat menarik yg di baca dantinta amat tertarik dgn ungkapan KEEP HOPE A LIFE----sentiasa hidupkan harapan. Dalam kehidupan insan,kita sentiasa perlu bergantung harap pada DIA yg satu.Jangan pernah berputus asa andai jatuh dan terus terjatuh,Kekadang dengan jatuhan yg berkali itulah ALLAH menghadiahkan pelangi yang indah. Yang tersirat dan tersurat hanya ALLAH yg tahu.......
Isnin, 30 Mei 2011
Sepi malam yang di hiasi bintang,
cahaya yg berkelipan menghadirkan ilham.
desiran ombak berirama,
semuanya ciptaan ilahi.
Sudah agak lama Tinta menyepi dari melakarkan sesuatu. Malam yang sepi berada di maktab menghadirkan ilham kepada diri untuk melakar sesuatu.Melepaskan sesuatu yang terbuku di hati.Terasa titisan jernih membasahi pipi."kenapa harus aku menangis"...........persoalan kepada diri sendiri yang tiada jawapan. Dan aku mahu menangis dan terus menangis....kerana Hanya tangisan yg mampu memujuk diri sendiri.
Jumaat, 28 Januari 2011
pengalaman baru...
Berhadapan dgn suasana baru membuatkan hati berdebar-debar.Suasana di sebuah IPG memberi pengalaman yg bermakna buat TINTA.Berhadapan dgn minggu orientasi pada mulanya memberi tekanan pada diri.Tapi tekanan itu menjadikan diri semakin bersemangat untuk berhadapan dengan suasana sebenar didalam mendidik.SYABAS pada diri sendiri kerana berjaya mengharungi minggu tersebut dgn penuh bersemangat.
Rabu, 19 Januari 2011
harapan dan Impian
"harapan sebuah harapan" "harapan sebuah impian"..........Ku tinggalkan genggaman impian itu untuk sebuah harapan 'Ya Allah ku berharap moga impian ku menjadi realiti pada suatu hari nanti.........
Jumaat, 7 Januari 2011
Mengorak langkah mendaki impian
2010 telah melabuhkan tirai......2010 yg menyimpan seribu satu pengalaman manis dan pahit,2010 yg menyimpan kesedihan dan kegembiraan, moga disimpan di dlm limpatan sejarah,
2010 juga banyak dugaan yg menguji diri.Saat kehilangan seorang yg disayangi dalam menyambut kegembiraan meraih sebuah kejayaan, 2010 yg menyaksikan seorang yg disayangi terlantar di wad icu , Ya Allah aku tak ingin ingati saat itu.
2011 membuka lembaran baru dalam hidup moga tahun ini sentiasa memberi senyuman dlm diri,
Langgan:
Catatan (Atom)
