Selasa, 17 Februari 2009

kisah sekeping hati


Hati

Nah, ambil la benda ni.Apa ni?Ini adalah hati. Hati aku.Hati kau? Hmm.. kenapa kau sudi kasi kat aku?Sebab kau dah jadik sebahagian dari aku.Kau lebih dari seorang kawan.Terima kasih... . ianya bererti. Aku terlalumenghargainya.Oh ye ke... tapi maaf.Untuk apa?Sebab, hati tu aku tak beri sepenuhnya.Cuma sebahagian saja...Maksud kau?Aku pernah beri hati aku kat orang lain juga.Dan aku tak pernah beri kesemuanya. Akutakut aku tiada hati untuk diri aku sendiri.Mungkin aku takut, hati itu tidak akan dijagadengan sebaik-baiknya. Ianya bukan sepertibarangan lain seperti duit, permata dansebagainya. Hati ini penuh mistik, adakeajaiban yang tersendiri.Mistik? Kelakar bunyinya...Mungkin kelakar. Tapi itu realitinya.Ia juga berubah mengikut rentak hidup engkau.Rentak perasaan orang yang aku beri. Jika diabetul-betul ikhlas, hati ini akan indah dan bersinar.Ianya bukan satu benda yang percuma.Hati ini diberihanya kepada insan yang terpilih sahaja.Insan yang istimewa.Dan kau adalah salah seorang daripada mereka,kerananaluri aku terlalu percayakan kau.Aku insan terpilih?Ya, kau yang terpilih. Hati ini sering bertukar-tukarmengikut perasaan orang yang diberikan. Ianya terlalu sensitif. Tapi ianya cukup kebal dan kentalpada musuh aku. "Musuh",mungkin terlalu kejam untuk aku memperkatakan perihal mereka ini.
Ianya tak berubah-berubah seperti yang terjadi jika hati ini diberi pada orang yang istimewa.Hati aku hanya tinggal sebahagian sahaja. Adaorang yang tidak pernah memulangkannya, walaupunaku hanya pinjamkan sekejap. Ada yang pulangkan denganpenuh kelukaan. Ada yang sudi berikan sebahagiaanhatinya pula sebagai ganti. Dan jika kau nak tahu, setiaphati manusia ada nilai yang tersendiri. Setiapnyaterlalu mistik!Cuma satu saja yang kau tak mengerti. Sekalihati itu terluka, kadangkala sukar nak mengubatinya. Adakalanya, mengambil masa yang lama untuk itu.Dan bila tiba sesuatu yang tidak diingini, mungkinpemilik hati itu akan menyendiri buat seketika...sehingga hatinya pulih seperti sediakala.Hati yang diberi ini bukan untuk suka-suka. Ianyalahir atas satu kepercayaan. Dari situ, wujudlah kasih sayang. Jika hilang rasa percaya itu, makasukarlah untuk hati itu kembali indah.

Tiada ulasan: