Assalamualaikum........rasa terpanggil untuk menulis sedikit risalah ini.Semalam berlakunya gerhana matahari dan ana berkesempatan untuk menyaksikannya di Pulau waman.Bertapa indahnya ciptaan dan kebesaran Allah.Ketika berlakunyagerhana tersebut telur boleh berada di kedudukan yang tegak tanpa di sokong dengan sebarang benda.
Sebagaimana firman Allah di dalam surah Yunus:5 maksudnya "Dialah (Allah) yang menjadikan matahari bersinar-sinar dan bulan bercahaya dan Dialah Allah yang menentukan perjalanan tiap-tiap satu pada tempat-tempat peredarannya supaya kamu dapat mengetahu bilangan tahun dan kiraan masa.Allah tidak menjadikan semua itu melainkan dengan adanya faedah dan kegunaaan yang sebenar.Allah menjelaskan ayat-ayatnya (tanda-tanda kebesaran)satu persatu bagi kaum yang mahu mengetahuinya".
Demikianlah bukti kekuasaan Allah yang maha agung penciptaannya.Subahanallah maha suci buat mu ya Allah ,Ya Rahman,Ya rahim

Tiada ulasan:
Catat Ulasan