Isnin, 30 Mei 2011

Sepi malam yang di hiasi bintang,
cahaya yg berkelipan menghadirkan ilham.
desiran ombak berirama,
semuanya ciptaan ilahi.

Sudah agak lama Tinta menyepi dari melakarkan sesuatu. Malam yang sepi berada di maktab menghadirkan ilham kepada diri untuk melakar sesuatu.Melepaskan sesuatu yang terbuku di hati.Terasa titisan jernih membasahi pipi."kenapa harus aku menangis"...........persoalan kepada diri sendiri yang tiada jawapan. Dan aku mahu menangis dan terus menangis....kerana Hanya tangisan yg mampu memujuk diri sendiri.

Jumaat, 28 Januari 2011

pengalaman baru...

Berhadapan dgn suasana baru membuatkan hati berdebar-debar.Suasana di sebuah IPG memberi pengalaman yg bermakna buat TINTA.Berhadapan dgn minggu orientasi pada mulanya memberi tekanan pada diri.Tapi tekanan itu menjadikan diri semakin bersemangat untuk berhadapan dengan suasana sebenar didalam mendidik.SYABAS pada diri sendiri kerana berjaya mengharungi minggu tersebut dgn penuh bersemangat.

Rabu, 19 Januari 2011

harapan dan Impian

"harapan sebuah harapan" "harapan sebuah impian"..........Ku tinggalkan genggaman impian itu untuk sebuah harapan 'Ya Allah ku berharap moga impian ku menjadi realiti pada suatu hari nanti.........

Jumaat, 7 Januari 2011

Mengorak langkah mendaki impian

2010 telah melabuhkan tirai......2010 yg menyimpan seribu satu pengalaman manis dan pahit,2010 yg menyimpan kesedihan dan kegembiraan, moga disimpan di dlm limpatan sejarah,
2010 juga banyak dugaan yg menguji diri.Saat kehilangan seorang yg disayangi dalam menyambut kegembiraan meraih sebuah kejayaan, 2010 yg menyaksikan seorang yg disayangi terlantar di wad icu , Ya Allah aku tak ingin ingati saat itu.
2011 membuka lembaran baru dalam hidup moga tahun ini sentiasa memberi senyuman dlm diri,

Selasa, 14 Disember 2010

coret-coret

Agak lama Tinta Ilham menyepi dari blog. Menyepi kerana sibuk. Idea kian bercambah-cambah di fikiran but Tinta tiada mood untuk melakar sesuatu, sejak laptop kesayangan tinta rosak Tinta tiada mood untuk melakar sesuatu. Laptop tak Tinta tidak dapat dipisahkan......ibarat kawan baik.Dengan laptop tinta dapat menjalankan hobi Tinta. Hm,bila laptop rosak hilang mood untuk menaip. Masa berlalu dengan pantas dan cepat.....dah masuk bulan 12. Ramai kawan-kawan tinta yg mendirikan rumah tangga sepanjang cuti sekolah ni.Barakallah.....kepada mereka.

Selasa, 19 Oktober 2010

Andai diri terasa LEMAH, bangunlah MUNJAT pada Allah dengan izin-Nya, yang LEMAH dipandang GAGAH, yang SEDIH di pandang CERIA, yang RESAH menjadi TENANG, sedikit PENGOBANAN selamanya TERASA... ...

Kadang-kadang untuk mengembalikan kekuatan kite perlukan semangat dalam diri kita....Yer semangat yang tidak pernah mengalah....Kadang-kadang juga kite memerlukan kata-kata semangat untuk mengembalikan kekuatan dalam diri kita.Kita jadilah pendorong diri kita sendiri. Jadikanlah Allah sebagai tempat mengadu kerana dia sahaja yang tahu tentang segala-galanya tentang hambanya.


Jumaat, 15 Oktober 2010

Bila kita makin dewasa......

Bila kita makin dewasa......

Bila kita makin dewasa.....mesti org akan bertanya satu ayat " Bila nak kahwin?".....satu tamparan hebat bagi mereka yg makin dewasa.Kenapa yer bile kite makin dewasa persoalan itu yg akan ditanya.Berborak-borak bersama teman serumah mengenai isu "bila kita makin dewasa" kembali mengingatkan Tinta pada umur yg makin dewasa dan makin meningkat......melihat teman-teman yg dah berjaya menjadi raja sehari menjadikan diri bertanya pada diri sendiri "bilakah aku akan menjadi seperti mereka"........Seorang teman menyampuk "kalau nak jadi seperti mereka cepat-cepatlah cari calonn" ha ha ha ha "cari calon-cari calon".....